Wednesday, September 28, 2011

Ya Allah....



Assalamualaikum...

Dengan hanya sedikit ujian dari-NYA, hati mula goyah. Sedangkan selama ini terlalu banyak nikmat yang diberikan oleh-NYA. Kuatkah daku andainya “tiang” itu masih rapuh?....

Ya Allah... Ya Rahman.... Ya Rahim..
Kau ampunilah dosa ku yang telah ku buat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tiada
terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Kau tunjukkanlah aku jalan yang terbaik untuk aku
harungi segala dugaan Mu
Ya Allah...
Kau yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan
Ketelanjuranku..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku..
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku
petunjuk ke arah rahmat Mu
Ya Allah .....
sesungguhnya aku lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu..
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..
Ya Allah....
Kuatkan hati dan semangatku
Tabahkan aku  menghadapi segala cubaanMu
Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar hinanya aku
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu


Amin, amin Ya Rabbal ‘Alamin..


Sunday, September 18, 2011

3 Soalan Yang Dijawab Dengan Penampar



Ada seorang pemuda yang lama belajar di
luar negeri,Mungkin terpengaruh dengan pemikiran bebas,dia kembali ke tanah air dengan membawa soalan-soalan pelik yang tidak mampu dijawab oleh ahli keluarganya dan ustaz-ustaz di kampungnya.
Dia kemudian di sarankan supaya berjumpa dengan seorang ustaz yang alim dalam bab fiqah dan tauhid


Bermulalah dialog ini:

Pemuda : Adakah ustaz boleh
menjawab pertanyaan- pertanyaan saya?

Ustaz : InsyaAllah dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Ustaz yakin? Sedangkan Profesor
dan ramai orang yang pintar tidak mampu
menjawab pertanyaan saya.

Ustaz : Saya akan mencuba sejauh
kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan
wujud Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api
kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat
dari api, tentu tidak menyakitkan buat
syaitan. Sebab mereka memiliki unsur
yang sama. Apakah Tuhan tidak pernah
berfikir sejauh itu?

Tiba-tiba ustaz  tersebut menampar pipi
pemuda tadi dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa
ustaz  marah kepada saya?

Ustaz : Saya tidak marah...Tamparan itu
adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan
yang anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Ustaz : Jadi anda percaya bahawa sakit
itu ada?

Pemuda : Ya!

Ustaz : Tunjukkan pada saya wujud sakit itu!

Ustaz : Itulah jawaban pertanyaan
pertama...kita semua merasakan kewujudan
Tuhan tanpa mampu melihat

Ustaz : Apakah tadi malam anda bermimpi
akan ditampar oleh saya?

Pemuda : Tidak.

Ustaz : Apakah pernah terfikir oleh anda
akan menerima sebuah tamparan dari saya
hari ini?

Pemuda : Tidak.

Ustaz : Itulah yang dinamakan takdir.

Ustaz : Terbuat dari apa tangan yang
saya gunakan untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Ustaz : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Ustaz : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Ustaz : Walaupun syaitan dijadikan dari
api dan neraka juga terbuat dari api,
jika Tuhan menghendaki maka neraka akan
menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan.