Sunday, January 23, 2011

Manusia hanyalah insan yang bersifat lemah...



Assalamualaikum....
 Hari ni saya ditanya lg dengan soalan yg sama. Tp kali ni ditanya oleh salah seorang sahabat karib saya... “Kemana hilangnya bob yg dulu?” (kwn2 pnggil saya bob).... satu soalan yg ringkas dan pendek. Tetapi punya maksud yang cukup dalam..
Jawapan saya bagi juga ringkas.... “Aku pon masih tercari-cari”... jawapan yg sebenarnya cuma Allah dan saya saja yg tahu...... jawapan yg saya bagi td cuma sekadar untuk mendiamkan sebentar sahabat saya tu....
Manusia hanyalah insan yang bersifat lemah. Atas sifat alamiah sedemikian maka manusia sentiasa memerlukan bantuan dan pertolongan daripada Yang Maha Berkuasa (Allah S.W.T). Manusia atas kapasitinya sebagai Khalifatulard sentiasa mendambakan dirinya secara mutlak dengan penuh ketaatan kepada Penciptanya yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Manusia yang alpa seringkali membinasakan jiwanya meskipun pada hakikatnya ia merasakan keseronokan tetapi jiwanya kosong dan tenggelam dalam lautan dan bisikan nafsu yang mendorong manusia ke alam yang sesat. Ketahuilah sesungguhnya kehidupan insan di muka bumi ini hanyalah sementara. Justeru itu, kesempatan masa yang ada ini perlulah dimanfaatkan sebaik-baiknya agar tidak termasuk dalam golongan yang rugi bukan sahaja di dunia bahkan diakhirat.

“Dan kepada Allah sajalah bersujud segala apa yang berada di langit dan semua makhluk yang melata di bumi dan (juga) para malaikat, sedang mereka (malaikat) tidak menyombongkan diri.” (An-Nahl: 49)
Selama ini kita selalu kecewa & patah hati apabila kehilangan atau jauh dari perkara2 fana yg dicintai. Sering meminta2 kpd Allah segala perkara dunia, rezeki, harta, anak-pinak, kesihatan, pangkat & jawatan. Tapi… pernahkah kita menangis & merayu untuk mendapat cinta-Nya? Pernahkah kita berasa sedih apabila jauh dari-Nya, hilang perhatian & kasih sayang-Nya? Usahlah memandang remeh kepada kecilnya kelalaianmu, takutilah kepada besarnya Keagungan yang telah kau ingkari. Jadikanlah Allah tujuan tertinggi hidupmu, nescaya segala langkah kehidupanmu akan selalu berada dlm bimbingan-Nya, segala perbuatanmu menjadi tasbih & pengabdianmu kpd Allah…

2 comments:

  1. Blog baru ke?
    Terimakasih sudi follow blog saya.
    saya juga turut jd follower blog ni.

    dapatkan maklumat dunia blog dan komputer disini

    ReplyDelete
  2. ye.. blog baru.. trima kasih juga sbb sudi follow blog ni.. :)

    ReplyDelete