Friday, March 18, 2011

Sumpah Laknat


Bila sumpah nak ikut cara islam. Tapi bila nak pendakwaan pula nak ikut undang-undang sekular. Undang-undang syariah kan ada. Tetapi kenapa tidak dilaksanakan? Dari situ pun kita boleh lihat samada kes ini benar-benar berlaku ataupun cuma sebagai satu perbuatan fitnah untuk menjatuhkan kredebiliti dan maruah seseorang.

Orang yang mendakwa perlu mendatangkan bukti samada saksi, keterangan dan sebagainya(Al-Bayyinah ala al-mudda’ie). Jika tidak ada bukti, ulama’ khilaf tentang kaedah sumpah; iaitu samada perlu atau tidak orang yang dituduh bersumpah bahawa dia tidak bersalah (Al-yamin ala man ankara). Ada yang kata bahawa dia perlu bersumpah dan kalau dia enggan, maka dia dikira salah. Ada ulama’ yang memasukkan keengganan bersumpan (An-Nukul anil yamin) sebagai bukti. Tetapi ada ulama’ yang tidak menganggap keengganan bersumpah sebagai bukti untuk mensabitkan kesalahan.

Kalau setiap kali berlaku pendakwaan, pendakwa dan yang didakwa perlu bersumpah mahkamah Islam pasti akan jadi bahan tawa orang lain. Pendakwaan tidak akan sabit dengan sumpah. Sumpah hanya untuk tertuduh membersihkan diri setelah proses meneliti bukti yang didatangkan menemui jalan buntu. Dalam kes ini sebenararnya sumpah yang dilakukan adalah amat ganjil; dia yang mendakwa dan dia yang bersumpah. Apa nilai sumpah sebegini dalam pendakwaan? Kosong dan tidak mensabitkan apa-apa.

Rasulullah S.A.W. bersabda : “Sesiapa yang mengambil hak seorang muslim dengan sumpahnya (yang dusta), maka sesungguhnya Allah mewajibkan baginya neraka dan mengharamkan ke atasnya syurga.”

Mengingatkan besarnya ancaman bagi orang yang berdusta dalam sumpahnya, maka Islam menganjurkan sikap “cegah sebelum parah”, yakni jangan biasakan diri bersumpah. Jangan bersumpah tentang itu dan ini tanpa sebarang keperluan untuk bersumpah. Kebiasan bersumpah akan menyebabkan orang itu merasa tidak mengapa untuk berdusta dalam sumpahnya sehingga akhirnya terjebak dalam ancaman hadis di atas. Justeru Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

وَلاَ تُطِعْ كُلَّ حَلاَّفٍ مَهِينٍ .

Dan janganlah kamu menurut orang yang selalu bersumpah, lagi yang hina.[al-Qalam 68:10].



No comments:

Post a Comment